Categories: SelebritiTrending

Norman Minta Bertenang Isu Marissa, Abby Abadi Bidas Bekas Suami – “Isu Ni Besar, Awak Sangat Mengecewakan!”

Pelakon Abby Abadi tampil membalas komen bekas suaminya, Norman Hakim apabila di minta untuk bertenang daripada terus berkongsi mengenai isu anak mereka, Marissa Dania yang didakwa kahwin di Songkhla, Thailand.

Artikel Berkaitan: “Tak Pernah Sesaat Saya Lepas Tangan”- Norman Hakim Akhirnya Buka Mulut, Minta Abby Bertenang Isu Anak

Tidak berdiam diri, Abby menyatakan bahawa isu yang terjadi dalam keluarga mereka ini adalah isu besar.

Malah, dia kecewa dengan tindakan Norman yang didakwa telah merancang untuk selesaikan masalah tersebut dengan membelakanginya.

“Isu ini isu besar. Selagi tak selesai selagi tu orang akan bercerita… Antara kita, memang ini yang berlaku pun. Ada lagi yang saya tak tulis.. Awak memang sangat-sangat mengecewakan!,” tulis Abby.

Dalam pada itu, Abby seakan meluah perasaannya dengan menyatakan dia sudah penat kerana banyak ‘menyimpan’ sendiri.

Lagi, dia juga menzahirkan rasa kasihan terhadap anak-anaknya yang didakwa sering diperlakukan sesuka hati oleh Norman sejak kecil.

“Saya penat lama menyimpan… kesian anak-anak saya dari kecil awak buat sesuka hati awak je.. sekarang anak-anak dah besar.

“Jadi tak perlu berbaik pun takpe.. takde beza.. selesaikan apa yang patut je, yang dah bertangguh sekian lama. Kalau tak sedia menjawab je depan ALLAH nanti,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: “Rasa Menyesal Pula Di Interview, Tak Pasal-Pasal…” – Abby Abadi

Artikel Berkaitan: Kongsi Momen Mesra Dengan Marissa Dania, Memey Suhaiza Dikecam Tak Sensitif… Didakwa Sengaja Tunjuk Baik

Artikel Berkaitan: “Dia Tak Nampak Benda Tu Salah Sebab Ada Contoh Depan Mata” – Abby Abadi Masih Tunggu Kesahihan Status Perkahwinan Marissa Dania

Artikel Berkaitan: Anggap Aslam Tak Mampu Berpoligami, Abby Abadi Luah Marissa Dania Berubah 360 Darjah – “Sampai Tahap Itu Dia Boleh Buat”

Atiqah Johari