Didakwa Pakai Selendang Hanya Untuk Tujuan Berniaga, Ini Respons Padu Daiyan Trisha

Penampilan terkini penyanyi dan pelakon jelita, Daiyan Trisha mencuri perhatian ramai selepas kerap mengenakan selendang.

Meskipun belum memakai hijab sepenuhnya, Daiyan kelihatan sangat manis memakai selendang yang dicipta khas daripada keluaran jenamanya.

Dek kerana itu, terdapat individu yang bertanya tujuan sebenar aktres Semanis Senyumanmu ini memakai tudung adakah semata-mata kerana mahu mempromosi produknya.

“Boleh pula pakai selendang sebab nak promote product, kalau tak free hair je selalu,” tegur netizen.

Tidak berdiam diri, pelantun lagu Penat itu tampil membidas komen tersebut dimana rata-rata netizen setuju dengan maklum balas Daiyan itu.

“Buat akaun baru semata-mata nak comment ni je ke,” bidasnya.


Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, Daiyan dilabel sebagai ‘Queen’ kerana berani meninggalkan komen seperti itu.

Sebelum ini, penampilan Daiyan acap kali dikritik seksi meskipun baru pulang dari mengerjakan ibadah Umrah di Tanah Suci Kota Makkah.

Aqilah Paharuzi