Peminat Puji Lakonan Hebat Hingga Wajar Diangkat Pelapis, Puteri Balqis Pesan Jangan Samakan & Sebut Nama Selebriti Lain – “Tak Akan Maafkan Mereka Dan…”

Perkongsian terkini, pelakon remaja berkaliber Puteri Balqis menimbulkan persoalan mengenai maksud sebenar disebalik luahan hatinya itu.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Balqis atau lebih mesra disapa sebagai Aqish mengakui tidak gemar seandainya ada peminat membandingkan atau menggelarkan dirinya pelapis kepada selebriti lain.

Jelasnya, Aqish akan mengambil tindakan dengan memadam komen-komen tersebut kerana tidak mahu nama selebriti-selebriti berkenaan tertera di Instagramnya.

Bukan itu sahaja, Aqish berkata selebriti-selebriti tersebut tidak mengetahui segala perit yang dilaluinya suatu ketika dahulu bersama ibunya.

“Bila ‘followers’ komen, Aqish macam selebriti ini, lakonan Aqish best macam selebriti ni. Muka Aqish macam selebriti ni. Oh Aqish the next bla bla bla…

“Aqish akan delete komen tu satu persatu. They never know how hurt I am. Do you think I’m proud of if? NO!

“I don’t want to see their names on my social media. I never forgive, thus I never forget what they did to us,” tulisnya.


Perkongsian tersebut bagaimanpun tidak mempunyai sebarang penjelasan dari pihak Aqish sendiri.

Aqilah Paharuzi