Didakwa Sering Menunjuk, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Jawab Dakwaan Netizen

Pasangan selebriti dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sering mendapat perhatian warganet lebih-lebih lagi sering aktif di platform TikTok.

Biarpun sering menjadi bualan netizen dengan video-video yang dimuatnaik, pasangan ini juga tidak terlepas dari cakap-cakap netizen yang mendakwa mereka sering menunjuk.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Aeril menganggap perkara tersebut adalah normal baginya dan berkongsi di laman media sosial sebagai menyimpan kenangan.

“Ini adalah pertama kali saya pergi stadium dan kalau pergi Old Trafford takkan tak ambil gambar kan, mestilah kita nak buat video sebanyak mungkin, jumpa pula idola kita depan mata, mestilah nak rakam. 

“Mungkin orang anggap itu menunjukkan, tapi bagi saya benda itu normal sahaja. Takkan la orang pergi Old Trafford tak post, mesti post punya.

“Saya lebih kepada simpan semua itu sebagai kenangan, saya suka tengok benda yang kita ‘throwback’.

“Kami selebriti, kena kongsi jugalah, perkembangan kami, kami di mana apa semua dan apa yang saya buat itu bukanlah melampaui batas,” jelas Aeril.

Bagi Wawa pula, ia bukanlah niat untuk menunjuk tetapi sekadar berkongsi kebahagiaan.

“Yelah kita dahulu susah, jadi bagilah kami peluang untu merasa.

“Bukan niat mahu menunjuk pun tapi dia ia adalah kebahagiaan kami, benda yang kita tak pernah rasa, sekali-sekala,” ujar Wawa.

“Saya pun tak boleh nak salahkan mereka (netizen), tanpa sedar kami juga ada silap tapi anggaplah benda itu normal.

“Kalau kita pandang benda itu buruk, maka buruklah, tapi kalau benda itu kegembiraan seseorang, maka gembiralah, jangan nak cari salah orang sahaja, InsyaAllah kita akan tenang,” tambah Aeril

Dalam perkembangan lain, Aeril dan Wawa juga memberitahu perkembangan pembinaan masjid dan pusat tahfiz di kampung halaman Aeril.

“InsyaAllah tahun ini akan berjalan dengan lancar.

“Mudah-mudahan tolonglah doakan, Wawa memang nak sangat benda itu berjalan secepat yang mungkin,” ujar mereka.

Sumber: TV3MALAYSIA Official

Khairil Khusyairi