Didakwa Tak Matang & Tak Move On Isu ‘Penyondol’, Bella Astillah Nafi ‘Insecure’

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menepis tuduhan warganet yang mengatakan dia masih tidak ‘move on’ dan tidak matang dalam menangani isu penyondol membabitkan rumah tangganya.

Isu timbul selepas Bella tampil dengan beberapa kenyataan ‘panas’ sebaik sahaja menyedari kehadiran pelakon Sophia Albarakbah pada sebuah program nyanyian popular sebelum ini.

Ketika ditemui XTRA,  Bella berkata, dia kini mahu fokus dalam memberikan yang terbaik buat keluarga sekaligus meletakkan kepercayaan terhadap suaminya yang juga penyanyi, Aliff Aziz.

“Cakap soal status, alhamdulillah semuanya baik-baik saja. Bagi saya kalau boleh nak lepaskan je perkara tu. Nak move on!

“Lepas kenyataan itu, dia (Aliff) ada memujuk secara personal dan kalau boleh saya tak nak sedih-sedih lagi.

“Tak ada rasa insecure sebab saya rasa dah cukup dewasa untuk itu.

“Kalau ada orang kata saya tak percayakan Aliff, silap, saya meletakkan kepercayaan kepadanya sebab itu saya bagi dia peluang kedua,” katanya.

 

Bella atau nama penuhnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 29, berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media Dapur Panas Selebriti yang diadakan di Hotel Le Quadri, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain itu, Bella juga meminta maaf kepada mana-mana pihak yang berasa tersinggung dan kurang senang dengan kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini membabitkan aktres berkenaan.

“Saya minta maaf jika ada yang terasa hati dengan hantaran saya sebelum ni hingga ada yang kata saya kurang matang.

“Saya harap yang terbaik sahaja dan tak m ahu sedih lagi. Saya mahu bersikap positif je sekarang ni,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Bukankah Patut Jaga Hati Isteri Lagi Penting”- Bella Astillah Sentap Kenyataan Aliff Aziz Isu Babitkan Sophia Albarakbah?

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada Niat Terselindung, Sophia Albarakbah Hanya Beri Sokongan Untuk Aisha Retno

ARTIKEL BERKAITAN:Nafi Hadir Acara Untuk Tonton Aliff Aziz, Bella Astillah Pula Dakwa Sophia Albarakbah Menipu? – “Lepas Aliff Habis Nyanyi Je Terus Gerak Balik”

Terdahulu, Bella bersama ibunya, Zarina Salleh, 47, berasa teruja apabila dipilih menjadi salah seorang peserta Dapur Tempur Selebriti yang adakan disiarkan di TV9 pada 18 November depan.

Jelasnya, walaupun tidak terlalu mahir memasak, namun dia yakin dengan kehadiran ibunya dia akan berikan yang terbaik berjanji akan memebrikan asaiangan sengit kepada peserta lain.

“Susah sebenarnya nak paksa mama masuk program ni, dia malu.

“Tapi saya memang tak sabar nak masak dengan mama,” ujarnya.

Selain Bella dan Zarina, Wani Kyrie dan ibunya (Mama Kay), Shuib dan Watie serta Didie Alis bersama anaknya Diyana Ridzuan merupakan antara peserta  yang terlibat dalam program masakan ini.

Salma Syahbuddin