Categories: Ijab & KabulTrending

“#OffDuda” – Dengan Sekali Lafaz, Fizi Ali Sah Bergelar Suami Siti Zulaiikha

Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali selamat berkahwin buat kali kedua dengan pilihan hatinya iaitu Siti Zulaiikha atau dikenali sebagai Tiz pada 10 pagi hari ini

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Fizi sendiri menerusi hantaran di Instagramnya dengan memuat naik foto bersama isterinya dalam busana sedondon serba putih.

Pasangan bahagia ini telah dinikahkan dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak yang dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan sahabat handai.

Menerusi hantaran itu, Fizi juga menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan buat mereka.

“Alhamdulillah syukur… bermula satu perjalanan baru dalam hidup kami… terima kasih semua yang mendoakan yang baik untuk kami… semoga doa-doa yang baik kembali semula dekat kalian,”

Malah, Fizi juga meletakkan tanda pagar #offduda pada hantarannya itu.

Untuk rekod, Fizi pernah berkahwin dengan pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nurul Ameena Sofia, 3.

Artikel Berkaitan: Tak Mahu Dihantui Kisah Silam, Fizi Ali Menyulam Cinta Bersama Rakan Niaga – “Dia Adalah Wanita Yang…”

Artikel Berkaitan: “Kalau Nampak Berdua, Itulah Orangnya” – Akui Sedang Bahagia, Fizi Ali Dedah Teman Wanita?

Atiqah Johari