Categories: HiburanTrending

Britney Spears Dedah Diajar Ambil Minuman Keras Oleh Ibu Sendiri

Penyanyi Britney Spears mendedahkan dia diajar untuk mengambil minuman beralkohol oleh ibunya sendiri ketika masih remaja.

Bermula dari ketika itu, dia sering mengamalkan minuman beralkohol sehinggalah meningkat dewasa.

“Saya diajar untuk mengambil minuman keras oleh ibu saya ketika berusia 13 tahun. Saya terpaksa mengikuti apa sahaja yang disuruh olehnya,” katanya.

Disebabkan pengambilan minuman keras sejak usia 13 tahun lagi, pelantun lagu Baby One More Time itu mengakui dirinya mengalami ketagihan.

Lebih-lebih lagi, tiada sesiapa yang memberi larangan untuk dia berbuat demikian.

Difahamkan, Britney disuruh untuk mengambil minuman keras oleh ibunya kerana wanita itu mendakwa minuman tersebut boleh membuatkan dirinya berasa lebih tenang sewaktu berdepan dengan kekerasan oleh bapa kandungnya, Jamie.

Bintang pop tersohor berusia 41 tahun itu turut berkata, dia sangat gembira kerana dapat menikmati minuman keras bersama-sama ibunya pada ketika itu.

Menurutnya, cara mereka berdua minum adalah tidak sama perasaannya dengan cara bapanya minum.

Ketika bapanya minum, dia lebih tertekan dan sakit sebaliknya mereka berasa lebih bahagia dan tenang.

Tambahnya lagi, dia sangat rindu dengan kehidupan remajanya seperti dahulu.

Syamir Shafie