Didakwa Terlalu Agresif ‘Cekik’ Heroin, Fezrul Khan ‘Label’ Pelakon Wanita ‘Attention Seeker’? – “Sanggup Tolak Job Kalau…”

Sebelum ini, timbul kontroversi yang mendakwa pelakon Fezrul Khan mencekik seorang pelakon wanita ketika melakukan penggambaran sebuah filem seram.

Gara-gara insiden tersebut, pelakon wanita itu dikatakan berang dengan tindakan Fezrul yang didakwa betul-betul mencekik pelakon tersebut.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Berlakon Je Lah, Tak Payah Buat Kesalahan Bodoh!”- Reen Rahim Mengamuk Dengan Fezrul Khan?

Susulan itu, Fezrul Khan membuat kenyataan menerusi Instagram Stories (IGS) menyatakan bahawa dia sanggup menolak mana-mana tawaran berlakon jika perlu bekerjasama dengan pelakon wanita itu lagi.

Malah, Fezrul turut menyatakan bahawa pelakon wanita tersebut bukan tarafnya untuk berlakon bersama dan menyifatkan pelakon itu sebagai ‘attention seeker’.

“Sanggup tolak job kalau nama dia ada. Kepandaian tu simpan sikit, sakit sikit menjerit?

“Not my level nak berlakon dengan dia. Attention seeker. Cerita cartoon bagi dekat dia,” tulisnya.

Atiqah Johari