Dikecam Netizen Gara-Gara Peragakan ‘Sleeveless Top’, Ini Respons Padu Isteri Aiman Tino – “Habistu Sis Freehair…”

Baru sahaja mendirikan rumah tangga, isteri kepada penyanyi Aiman Tino, Syarah Haifa sudah menerima kecaman yang kurang menyenangkan dalam kalangan netizen.

Terbaharu, Syarah telah memuat naik videonya bersama Aiman sedang menari diiringi kapsyen yang menyatakan itu adalah cara mereka hilangkan stres.

Dalam perkongsian tersebut, isteri pelantun lagu Ku Rela Dibenci itu turut mengenakan baju t-shirt tanpa lengan atau sleeveless top sekali gus mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

“How we release our stress,” tulisnya.

@syereheife How we release our stress #fyp #Aiman4Syarah @Aiman_Tino ♬ original sound – Kii Remix

Kurang senang dengan perkara tersebut, seorang wanita tampil menegur penampilan Syarah dan berharap agar Aiman dapat menegur cara pemakaian isterinya.

“Sebagai seorang suami kenalah tegur dari segi pemakaian isteri kerna kamu berdua Islam. Kalau bukan Islam tak apa pakai baju macam tu dik,” komen wanita itu.

Menyedari perkara itu, isteri penyanyi tersebut terus memberikan respons padu kepada individu berkenaan.

“Habistu sis freehair nak kira macam mana pulak tu?,” katanya.

Meskipun menerima pelbagai kecaman, ada juga warganet yang terhibur melihat gelagat pasangan itu menari bersama.

Fatin Nurain