Dikecam Sebab Seksi Sangat, Apa Komen Nadia Brian?

Pelakon, Nadia Brian memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dan terguris dengan gaya pemakaiannya bagi menjayakan sebuah sesi fotografi baru-baru ini.

Memilih untuk tidak mudah melatah dengan kecaman yang dilemparkan oleh warga net, Nadia turut menghargai sikap prihatin mereka.

“Saya terlalu ambil pusing kecaman dan kata-kata negatif netizen kerana ia tidak akan pernah berakhir. Namun, saya memohon maaf andai kata pemakaian di posting terbabit mengguris hati dan sensitiviti mana-mana pihak.

“Insya-Allah… Saya sendiri dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik tetapi tidak manu menjadi hipokrit semata-mata bagi memuaskan hati orang lain. Biarlah perubahan itu datang daripada hati sendiri.

“Ia adalah gambar daripada sesi fotografi sebelum ini, saja dikongsikan semula oleh saya. Malah, saya juga bersyukur keluarga mentua juga tidak memperbesarkan perihal itu,” katanya kepada Xtra.

Sebelum ini, beberapa posting Nadia mengundang kecaman netizen kerana dikatakan semakin seksi sejak bergelar tunangan orang. Warga net turut membangkitkan mengenai keluarga mentuanya apabila membincangkan mengenai perkara itu.

Oleh: Zaara Talita

SGMS Enal