Dikecam ‘Terpaling’ Lantang Bersuara, Uyaina Arshad Hanya Ulas Isu Berserta Dengan Fakta!

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad dikecam netizen dengan melabelnya sebagai ‘terpaling’ lantang bersuara tentang beberapa isu sebelum ini.

Memetik laporan Utusan, Uyaina memberitahu dia sudah lantang bersuara sejak dulu lagi dan hanya akan mengulas sesuatu isu berserta fakta.

“Saya faham, mungkin ada yang baru tahu tentang kelantangan saya terutama selepas isu Palestin. Tetapi jujurnya, saya sudah vokal dari dulu lagi, tidaklah ‘terpaling’ lantang.

“Saya bukan mahu jadi pengulas untuk semua isu. Ada beberapa isu yang saya boleh dan akan bercakap. Contohnya Palestin dan isu bahasa Melayu baru-baru ini.

“Ada juga isu contohnya after party pelajar luar negara. Saya maklum dengan isu tetapi tak mahu mengulas kerana di luar bidang dan kepakaran saya,” jelasnya.

Mengulas tentang kelantangannya bersuara isu kekejaman Israel terhadap Palestin, pengacara Wanita Hari Ini bersyukur tidak menerima tekanan daripada mana-mana pihak.

“Setakat ini, tidak ada pula mana-mana pihak menolak atau memberhentikan kerjasama. Tidak ada tindakan apa-apa. Saya tidak mengaibkan pihak lain kecuali menyatakan fakta.

“Akaun TikTok saya disenarai hitam, tak mengapa. Ada juga beberapa kandungan digital yang telah siap dirakam dan sunting tetapi perlu dibatalkan atas beberapa perkara.

“Rugi banyak, tetapi saya anggap tiada rezeki. Saya bersuara untuk Islam,” ujarnya.

Maya Basir