Segak Bertudung Ketika Shooting, Kecantikan Sarimah Ibrahim Dikagumi – “Bidadari Itu Wujud”

Pelakon, penyanyi dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim tampil berkongsi penampilannya mengenakan tudung ketika sesi penggambaran sekali gus meraih perhatian dalam kalangan peminatnya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Sarimah menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Sarimah kelihatan sangat cantik dan segak mengenakan tudung ketika di lokasi penggambaran drama Lelaki Itu terbitan Erma Fatima.

Terpegun melihat kecantikan pelantun lagu Kini Kau Tiada itu bertudung, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons di ruangan komen.

Malah, ada juga yang mendoakan agar Sarimah terus terbuka hati dan istiqamah untuk berhijab suatu hari nanti.

Fatin Nurain