[VIDEO] “Hari-hari Doa Untuk Umi” – Anak Shakilla Khoriri Tanya Bila Nak Kahwin Lagi, Perbualan Dua Beranak Ini Buat Ramai Sebak!

Pelakon, Shakilla Khoriri mencuri perhatian apabila berkongsi sebuah video celoteh anaknya, Ameena Sofia di Instagram.

Video tersebut memaparkan perbualan antara Ameena yang bertanya bila ibunya itu akan berkahwin lagi dan mempunyai anak baru.

“Semua orang dah kahwin tahun ni, semua dah dapat baby.. Umi je belum. Nak dapat baby twins..,” ujar Ameena.

Perkara yang mencuit hati ramai adalah apabila Ameena mengusik ibunya untuk mencari bakal suami kacukan Mat Salleh.

Bekas isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali ini meminta anaknya itu untuk mendoakan kebahagiaan mereka.

“Ameena sabar ok. Ameena doa ok untuk Umi,” ujarnya.

“Dah doa haritu, kat sekolah. Hari-hari doa,” jawab anak comelnya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak mendengar perbualan manis mereka, terutamanya gelagat Ameena yang mahu ibunya menemui kebahagiaan.

Sebelum ini, Shakilla menafikan dirinya menjalinkan hubungan skandal bersama suami orang selepas timbul dakwaan yang menyatakan dirinya menjadi perosak rumah tangga orang lain.

Terdahulu, Shakilla meluahkan rasa kurang senang apabila mulut anaknya ditekup oleh kakak tirinya ketika bergambar pada hari pernikahan kedua Fizi Ali.

Sekadar info, Fizi dan Shakilla pernah berkahwin pada 18 Februari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia.

Artikel Berkaitan: Kurang Senang Mulut Anak Ditekup ‘Kakak’ Dalam Foto, Shakilla Khoriri Dakwa Fizi Ali Tak Terus Terang – “Jangan Sakiti Anak Saya!”

Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Terpalit Kontroversi Sondol Suami Orang, Fizi Ali Akui Tak Berkawan Dengan Shakilla Khoriri – ‘Suka Hati Dia Nak Buat Apa”

Artikel Berkaitan: “Kau Ingat Aku Dah Tak Ada Agama Sangat Ke?” –  Shakilla Khoriri Perjelas Tuduhan Fitnah, Nafi Mandrem & Kikis Duit Suami Orang

Artikel Berkaitan: “Ameena Sakit Pun Tak Ada Siapa Tanya Khabar” – Shakilla Khoriri

Aqilah Paharuzi