Dikutuk Netizen Akibat Penyakit Lyme, Hailey Bieber Pertahankan JB

Penyanyi Hollywood terkenal penuh kontroversi, Justin Bieber, 25 baru-baru ini dikejutkan dengan pendedahan penyakit Lyme yang dialaminya.

Perkongsian JB menerusi laman media sosial Instagram miliknya semestinya telah mengundang rasa sebak dan prihatin oleh peminatnya.

Terbaharu, JB dikatakan kecewa dengan kecaman yang dilemparkan sesetengah pihak ketika dia sedang bertarung melawan penyakit tersebut.

“Apabila terlalu ramai orang bercakap kehidupan saya yang tidak tentu arah, kelihatan seperti penagih dadah, tanpa mereka sedari sebenarnya saya telah didiagnos menghidap penyakit lyme. Bukan itu sahaja, lebih parah apabila penyakit tersebut turut memberi kesan kepada kulit, tenaga dan tahap kesihatan saya,” tulisnya di Instagram.

Isterinya, Hailey Baldwin turut mempertahankan suaminya daripada kecaman netizen menerusi luahan di laman Twitter.

“Buat mereka yang memperlekeh pesakit yang mengalami penyakit Lyme, tolong buat kajian dahulu serta dengar dahulu kisah pesakit yang pernah bergelut dengannya bertahun-tahun,” luah Hailey.

Sumber: Twitter Hailey Bieber

Menerusi laporan TMZ, JB akan menjelaskan lebih lanjut mengenai perjuangannya melawan penyakit yang tidak mempunyai penawar itu melalui sebuah dokumentari yang akan dimuat naik di laman YouTube pada 27 Januari nanti.

JB dikhabarkan bukanlah artis pertama yang menghidap penyakit tersebut kerana apabila pelakon dan model terkenal, Yolanda Foster turut menghidap penyakit yang sama.

Dalam perkembangan lain, JB baru sahaja mengeluarkan lagu terbarunya yang berjudul “Yummy”.

Anyway, semoga JB tabah mengharungi penyakit yang dihidapi serta diberikan kesembuhan dengan cepat lah okay!

Syafiqa Irdina