Categories: HiburanTrending

Dilamar Jenama Automotif Tersohor Dunia, Masdo Cipta Sejarah Terbitkan Skuter Edisi Khas

Kugiran Masdo mengakui terkejut dan terharu apabila jenama automotif tersohor dari United Kingdom, Royal Alloy memilih Kugiran Masdo sebagai kolaborasi untuk mengeluarkan skuter edisi khas.

Terkejut dengan pelawaan tersebut, Masdo tidak menyangka minat mendalam Royal Alloy terhadap muzik retro mendorong kepada kerjasama tersebut.

“Kami tidak sangka ada jenama automotif menunjukkan minat berkolaborasi bersama Masdo kerana muzik retro yang kami bawa kena dengan ciri motosikal keluaran mereka yang memiliki gaya klasik tetapi berteknologi moden persis Masdo,” jelasnya.

Dalam pada itu, Kugiran Masdo yang popular menerusi lagu Bercanda Di Malam Indah ini turut memikirkan kemampuan mereka untuk mempromosikan jenama yang gah tersebut.

Menurut Masdo, identiti mereka juga perlulah selari dengan ciri dan gaya motosikal tersebut.

“Bagaimanapun, kami diberi peluang untuk memberi pendapat dari segi rekaan dan warna untuk skuter edisi Dinda yang dikeluarkan 50 unit sahaja untuk permulaan,” katanya lagi.

Memetik laporan Berita Harian, Ali sebagai vokalis Kugiran Masdo menyifatkan kerjasama dengan Royal Alloy menjadi batu loncatan untuk Masdo dan tidak menyangka band seperu mereka mampu mendapat peluang sebegini.

Menurutnya lagi, Masdo berasa bangga kerana dapat bekerjasama dengan jenama automotif antarabangsa dan ia merupakan satu pencapaian yang tertinggi setakat ini.

Sumber : BH

Syamir Shafie