Categories: SelebritiTrending

Selepas Mengaku Dihamilkan Aniq Suhair, Individu Wanita Tampil Mohon Maaf – “Saya Tak Berniat Jatuhkan Reputasi & Karier Dia”

Sebelum ini, tular kontroversi di mana seorang individu wanita mengaku telah dihamilkan oleh pelakon Aniq Suhair.

Terbaharu, individu itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi akaun TikTok yang menggunakan nama pelakon itu.

Kata wanita itu, dia tidak berniat untuk merosakkan reputasi dan kerjaya Aniq dan mengaku bersalah memuat naik perkongsian sebegitu.

“Salam. Pls don’t ask further questions. Im here to make public apology for what I posted on my tiktok about Aniq Suhair. It wasn’t my intention to ruin jis reputation and career.

“Maaf kepada semua yang follow acc ni. Maaf kepada media dan terutama sekali kepada Aniq Suhair for the postings. Ini adalah satu tindakan tidak wajar terhadap empunya badan.

“Tidak seharusnya saya memuat naik content seperti ini. Sekali lagi, saya minta maaf atas perkara ini. Sekian, Assalamualaikum,” tulisnya.

Bagaimanapun, wanita itu turut menutup ruangan komen hantaran tersebut dan memadam semua kandungan yang pernah dia dedahkan.

Artikel Berkaitan: Dituduh Hamilkan Wanita & Minta Untuk Gugurkan Kandungan, Aniq Suhair Ambil Tindakan Saman!

Atiqah Johari