Dilaporkan Sebagai Penjenayah, Akaun WhatsApp Fynn Jamal Tak Boleh Daftar… Dedah Ada Individu Berkuasa & Berduit Cuba Hapuskan Bukti?

Selebriti media sosial, Fynn Jamal mendedahkan nombor akaun WhatsApp miliknya kini disekat selepas beberapa individu melaporkan dirinya adalah penjenayah.

Malah, sebelum ini akaun Instagramnya turut diserang sehingga hilang dari radar atau disekat, dipercayai atas arahan orang ternama.

“Aku tau IG aku diserang orang yang dibayar untuk menutupnya. Sederat nama yang menderu-deru melapor akaun aku dengan jenayah human trafficking dan illegal adoption.

“Tanpa peluang members diri, done. Begitu saja hilang memori pertama segala hidup di rantau, semua.

“Kemudian pagi semalam WhatsApp whatsapp nasibnya sama. Baik personal, baik kerja.

“Sekumpulan manusia melaporkan aku penjenayah yang tak berhak menggunakan media sosial,” katanya.

Dalam pada itu, pemilik lagu popular Arjuna Beta ini menegaskan dia mempunyai bukti di mana individu berkuasa dan berduit bimbang sekiranya bukti-bukti tersebut akan tersebar.

“Bersama aku ada terlalu banyak bukti. Baik di IG lama, mahu pun WhatsApp. Ada orang yang berduit dan berkuasa amat takut dengan apa yang tertulis di dalamnya.

“Alhamdulillah. Allah gerakkan untuk aku dari awal simpan setiap butir perkataan,” tulisnya lagi.

Sementara itu, prekära tersebut turut mendapat perhatian penyanyi sensasi, Noh Salleh yang perkongsi pautan Fynn di Instagram miliknya.

“Kebenaran yang ingin dihapuskan olles pihak tertentu,” tulisnya ringkas.

Sebelum ini, Fynn yang bersikap lantang itu meninggalkan komen di salah satu video temu bual suami Mizz Nina, iaitsu Essam Muhammad yang memberi respons mengenai itu anak angkat, Musa.

Fynn mendakwa dia tahu kebenaran berhubung isu tersebut serta memohon Essam untuk senyap.

Artikel Berkaitan: “Oh Shut Up…” – Dakwa Tahu Kebenaran, Komen Fynn Jamal Di Video Temubual Suami Mizz Nina Timbulkan Tanda Tanya

Artikel Berkaitan: Suami Mizz Nina Dikritik Pakai Rantai, Netizen Kurang Senang Tengok Cara Essam Bercakap – “Over, Tak Boleh Tenang Sikit Ke?”

Artikel Berkaitan: Kes Rasmi Ditarik Balik, Mizz Nina Ibu Angkat Yang Sah! -“Kami Mempunyai Dokumen Yang Tidak Tertulis Nama Noh”

Artikel Berkaitan: “Dating Pergi US, Bibik Yang Jaga… Memanglah Trauma!” – Bukan Culik, Noh Salleh Mahu Selamatkan Musa… Nekad Mahu Lawan Berlandaskan Undang-Undang

Aqilah Paharuzi