Konflik Rumah Tangga Alif Teega Kahwin Dua Dianggap Marketing, Aisyah Hijanah Perjelas Keadaan Sebenar – “Saya Cuba Untuk Bersangka Baik…”

Pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah tampil menjelaskan mengenai dakwaan segelintir pihak mengatakan konflik rumah tangganya bersama suami, Alif Teega sekadar ‘marketing’ untuk semakin dikenali.

Malah, dakwaan hanya marketing itu semakin lama semakin hangat diperkatakan lebih-lebih lagi selepas pasangan sensasi itu mahu melancarkan single bersama.

Susulan itu, Aishah menafikan tuduhan tersebut menerusi satu perkongsian panjang Instagram Story (IGs) miliknya sebentar tadi.

Menafikan fitnah itu, Aishah berkata dia cuba sedaya uzaya untuk terus bertenang terutamanya dalam mengawal emosi agar tidak terjurus untuk melakukan perkara tidak diingini.

“Aisyah maklum tentang hal ini dan eloklah kalau AIsyah explain dengan baik supaya orang tak bersangka buruk.

“Apa yang berlaku bukanlah marketing. Mungkin orang lihat Aisyah tenang sahaja dan sampai sekarang seperti biasa-biasa, tak ada apa yang berlaku.

“Aisyah cuba untuk bersangka baik dengan Allah dan setiap hari meminta jalan yang terbaik juga daripada Allah.

“Aisyah cuba kawal diri dan emosi supaya tak buat benda yang bukan-bukan. Dan biarlah tindakan itu dalmr kewarasan, bukan mengikut emosi semata-mata.

“Salah satu tips daripada seorang kashaf yang Aisyah jumpa, banyakkan solat sunat mutlak dan mohon kepada Allah untuk petunjuk yang baik.

“Di samping menjaga mental dan fizikal supaya boleh berfungsi dengan baik sebagai manusia, ibu, hamba dan ahli perniagaan.

“Aisyah laksanakan tugas sebagai isteri dengan baik, Alif juga begitu. Alhamdulillah, kami baik-baik sahaja.

“Banyak juga TikTok fake AIsyah yang post mengenai kesedihan dan kesakitan. Tetapi, itu bukanlah daripada Aisyah,” tulisnya.

Sebelum ini, konflik rumah tangga Aisyah dan Alif meraih perhatian ramai setelah suaminya mendedahkan telah berkahwin dua bersama wanita berama Fatin Umaidah.

Artikel Berkaitan: Rakaman Suara Ketika Bertengkar Tular, Ini Respons Aisyah Hijanah – “Saya Tidak Boleh Menafikan Mahupun Membenarkan”

Artikel Berkaitan: Alif Teega Serah 100 % Harta Sepencarian, Aisyah Hijanah Mengaku Tak ‘Gila’ Harta Tapi…

Artikel Berkaitan: “Emosi Khadijah Berubah Sebab Dia Nampak Apa Yang Jadi” – Aisyah Hijanah Dedah Anak Banyak Termenung

Artikel Berkaitan: “Demi Allah! Fitnah Ini Akan Ku Bawa Ke Akhirat” – Bukti Pukul Isteri Tular, Alif Teega Dah ‘Warning’ Abang Aisyah Minta Stop Fitnah… Dakwa Adni Rustam Desak Bercerai?

Aqilah Paharuzi