Dilihat Mesra & Romantis, Jazmy Juma & Sanjna Suri Sedang Hangat Bercinta?

Baru-baru ini, dua pelakon yang membintangi filem Pulau, Jazmy Juma dan Sanjna Suri dikatakan sedang hangat menjalin hubungan cinta.

Memetik laporan Harian Metro, kedua-dua pelakon tersebut ditemui keluar bersama di sebuah lokasi di ibu kota.

Malah, mereka berdua dilihat dalam keadaan mesra dan romantis.

Namun begitu, Jazmy dan Sanjna dikhabarkan masing-masing telah mempunyai teman istimewa.

Sehubungan itu, status hubungan mereka menjadi tanda tanya tambah industri hiburan kini sedang hangat dengan isu kecurangan dan cinta lokasi.

Dalam pada itu, cubaan wartawan Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan mereka berdua gagal apabila panggilan telefon dan mesej yang dihantar tidak dibalas.

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari