Disindir Meroyan Muatnaik Gambar 10 Tahun Lepas, Ini Jawapan PADU Rita Rudaini!

Mungkin belum terlambat untuk korang sertai #10yearschallenge di Instagram.

Apa yang menarik perhatian hari ini apabila pelakon Rita Rudaini muatnaik sekeping gambar yang nampaknya mengundang rasa senang segelintir netizen.

Gambar memperlihatkan Rita bersama bekas suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak serta anaknya dilihat mengundang banyak komen sinis dan lucu sejak pagi tadi.

“ Kau ni pun, kot ye tak payah meroyan sampai letak gambar dengan ex husband. Orang tu dan bahagia dengan wife dia,” katanya.

Wanita itu turut menasihatkan agar Rita meletakkan gambar lain agar tidak mencetuskan sebarang masalah.

“ Tak pasal orang tu gaduh laki bini. Macamlah 10 tahun lepas takde gambar kau sorang or dengan anak-anak je,” katanya lagi.

Dalam masa sama, tidak hanya berdiam diri, Rita tampil menjawab komen netizen berkenaan. 

“ Ko pula yang sentap lebih apa kes? Nama pun 10 years challenge. Dari ada laki ke takdak laki…suka hati aku nak challenge apa…ko pula lebih sentap, bukan pic laki kau,” jawab Rita secara ringkas.

Rata- rata komen netizen yang ditinggalkan bersetuju dengan Rita memandangkan ia adalah laman sosial milik pelakon itu. Jadi, tiada masalah untuk dia berbuat demikian. Pendek kata, kalau tak suka jangan follow atau tengok kan? 

 

SGMS Faida