Categories: Trending

Rekod nama terpanjang dipegang kanak-kanak tempatan kini milik bayi Indonesia

Tak faham kadang-kadang kenapalah ibu bapa suka sangat letak nama anak panjang-panjang. Ringkas itukan lebih indah dan mudah disebut. 

Namun begitu, bercakap mengenai topik ini ia berbalik kepada hak ibu bapa. Apa lagi pemberian nama untuk bayi yang baru lahir menjadi momen penting bagi pasangan suami isteri. 

Semestinya mereka juga punya alasan tersendiri mengapa sesuatu nama itu dipilih.

Bagi pasangan Arif Akbar dan Suci Nur Aisiyah dari Desa Ngujuran, Kabupaten Tuban, Jawa Timur, mereka memilih nama yang panjang untuk anak kedua mereka.

Foto: tribunnews

Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta, begitulah nama yang menjadi pilihan pasangan terbabit untuk bayi lelaki mereka yang dilahirkan pada 6 Januari lalu.

“Pemberian nama anak saya mempunyai kaitan dengan sejarah nama kota Islam.

“Pada namanya juga terdapat doa, dan saya berharap dia akan membesar sebagai insan soleh yang berguna dan berbakti kepada ibu bapa,” kata Arif.

Apabila ditanya mengenai nama anaknya yang panjang dan kesukaran yang mungkin dihadapi berhubung urusan dokumentasi, Arif berfikiran positif dan yakin semuanya mampu diatasi.

Sebelum ini, pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pernah mendedahkan nama terpanjang yang pernah didaftarkan di Malaysia mempunyai 12 patah perkataan.

Nama kanak-kanak tersebut adalah Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra Mohd Sufian.

 

Sumber: Gempak

 

Yanie Baharom