Disoal Tentang ‘Privilege’ Diri, Respons Cik B Buat Ramai Nak Jadi Adik-Beradik!

Anak kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B, 17, sering mencuri perhatian ramai baik dari segi penampilan dirinya serta barangan kemewahan.

Baru-baru ini, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin membuat ramai terhibur dengan respons spontannya apabila disoal tentang kesedaran hidupnya sangat ‘privilege’.

Ia ekoran sebuah ciapan yang dimuat naik oleh pendakwah terkenal, Ad-dien meraih pelbagai reaksi pengikutnya.

“Benda apa yang bila korang fikir balik, baru korang sedar selama ni korang sebenarnya privileged?” soalnya.

Semenatara itu, Cik B berkongsi ciapan tersebut serta menjawab persoalan tersebut dengan ringkas.

“Anak DSV,” tulisnya beserta emoji menangis. 

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen menawarkan diri untuk menjadi adik-beradik kepada Cik B atas keistimewaan serta kemewahan yang dimilikinya dalma menjadi anak kepada DSV.

Malah, ada juga segelintir netizen yang mahu bekerja dengan Cik B seperti menjadi pembantu peribadi ataupun pembantu rumah.

Semasa artikel ini ditulis, ciapan tersebut telahpun meraih lebih 3,000 ulang kicau dan 12,000 tanda suka.

Artikel Berkaitan: Cik B Selar Netizen Tak Puas Hati OOTD Cecah RM656,000 – “Bukan Nak Flex, Ada Masalah Ke?”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Akui DSV Ibu Yang Luar Biasa, Cik B Luah Bapa Tidak Pernah Endah Buat Netizen Sebak – “ Sekurangnya Awak Ada…”

Aqilah Paharuzi