Belajar Bahasa Baru, Neelofa Mahu Bilal Fasih Tiga Bahasa – “Saya Sudah Mula Dedahkan…”

Pengacara dan usahawan, Neelofa mengakui mahu melihat anak sulungnya, Muhammad Bilal mahir dalam pelbagai bahasa.

Memetik laporan Gempak, antara bahasa yang dia mahu Bilal fasih adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Oleh itu, tidak hairanlah bekas pengacara Nona ini sering berkongsi tentang kelas pengajian Bahasa Arab yang sedang dipelajarinya.

“Sebenarnya, saya nak Bilal boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab dan saya juga nak diri saya boleh bertutur dalam bahasa tersebut.

“Kalau saya sendiri tidak tahu, bagaimana saya nak berkomunikasi dengan anak saya.

“Jadi, saya sudah mula dedahkan Bilal dengan bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan juga bahasa Arab. Saya mahu dia mahir dalam tiga bahasa ini,” katanya.

Pada masa sama, Neelofa turut bercadang untuk menghantar puteranya itu ke sekolah aliran agama medium bahasa Arab satu hari nanti.

“Hal itu memang kami sudah rancang. Insya-Allah untuk pendidikan Bilal nanti, kami mahu ada aliran agama dan juga bahasa Arab.

Disoal tentang tujuan Neelofa untuk menguasai bahasa Arab ada kaitan dengan penghijrahan ke luar negara, dia mengatakan ada dalam perancangan.

“Jadi, kalau sebelum pergi tu kita ada asas dalam komunikasi, ia akan jadi lebih mudah,” ujarnya.

Terdahulu, Neelofa memberitahu akan berpindah ke Mesir untuk mengikuti suaminya yang mahu menyambung pelajaran di sana.

Maya Basir