“Chemistry Kami Terlalu Kuat, Susah Nak Lari…”- Meerqeen Mahu Cuba Berlakon Dengan Aktres Wanita Selain Anna Jobling

Pelakon popular, Meerqeen mengakui ‘chemistry’ bersama aktres jelita Anna Jobling tidak dinafikan sangat luar biasa selepas muncul dalam drama bersiri Tv3, Melur Untuk Firdaus yang cetus fenomena hingga ke Indonesia.

Memetik laporan Gempak, Meerqeen bagaimanapun memaklumkan tidak akan menolak peluang untuk berlakon bersama pelakon wanita yang lain untuk mengukuhkan namanya dalam industri seni.

“Sebagai seorang pelakon, kita kena cuba bekerja dengan pelbagai pelakon dan pelbagai karakter. Tak semestinya kena berlakon dengan Anna sahaja.

“Tapi bergantung pada watak itu juga. Kalau sesuai dengan diri saya, saya terima. Tapi is it what is is. Chemistry dengan Anna memang sangat luar biasa.

“Walaupun orang tak faham apa yang kita berdua buat, tapi mereka dapat rasa. Susah nak cakap saya nak lari daripada berlakon dengan Anna.

“Tapi walau macam mana pun, saya tetap akan berlakon dengan orang lain juga sebab ini kerja saya,” ujarnya.

Sebelum ini, Meerqeen mencuri perhatian ramai apabila terbang ke Indonesia serta mengakui ada mendapat tawaran berlakon di negara seberang itu namun tidak dapat dikongsikan kepada umum.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anna Jobling Dedah 4 Rahsia – “Saya Seorang Penyelam..”

Artikel Berkaitan: Sweetnya! Tonton Konsert LANY Bersama, Anna Jobling & Meerqeen Rakam Muka Masing-Masing Masa Lagu I Love You So Bad

Sumber: Gempak

Aqilah Paharuzi