Ditegur Aedy Ashraf Masih ‘Single’ Selepas 3 Tahun, Individu Minta Nabil Aqil Jumpa Ustaz Untuk Berubat – “Takut Ada Yang Kunci Aura Jodoh Kau”

Pelakon Nabil Aqil ditegur oleh pelakon Aedy Ashraf tentang status dirinya yang masih belum memiliki teman istimewa sejak tiga tahun lalu.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia memuat naik ‘screenshot’ mesej yang dihantar Aedy kepadanya.

“Tak habis-habis lagi ke kesepian kau ni.

“Dah tiga tahun aku dengar benda sama je,” kata Aedy.

Kemudian, hantarannya itu mendapat perhatian seorang individu dan meminta dirinya untuk berubat dengan ustaz bagi mengenalpasti sama ada dia terkena buatan orang.

Menurut individu tersebut, dia seakan tidak percaya tiada wanita yang tertarik dengan Nabil kerana dia memiliki wajah yang tampan.

“Kena check bro takut ada yang kunci aura jodoh kau bro, sebab ada je yang minat sampai boleh jadi taksub.

“Sebab kau kata almost 4 tahun, lama sangat tu. Kalau ikut rupa tipula takde perempuan minat kau.

“Kau try la dulu berubat kalau ustaz kata takde apa-apa then jodoh kau jela yang lambat. Sebab pernah jadi kat family aku macam ni,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nabil mengambil peringatan tersebut dan menganggap bahawa Tuhan belum hadirkan jodoh buat dirinya.

“Apa-apa pun kita kena sentiasa lindungi diri kita dengan selawat.

“Tapi untuk positive side, kita anggap je jodoh aku lambat sampai hehe,” ujarnya.

Maya Basir