Sambut Ulang Tahun Jemyma Yang Ke-9, Netizen Label Anak Fasha Sandha Bertuah Miliki 2 Ayah

Pelakon versatile, Fasha Sandha berkongsi momen sempena sambutan ulang tahun ke-9 anak perempuannya, Putri Rasyha Jemyma yang diadakan dengan cukup meriah, pada Rabu.

Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan, 39, bersyukur kerana acara berkenaan berjalan dengan lancar walaupun ia dirancang disaat-saat akhir.

Malah, Fasha memaklumkan, dia hanya sempat tidur selama emapt jam sahaja demi mengadakan sambutan ulang tahun buat anak perempuan sulungnya itu.

“Syukur alhamdulillah, last minute plan, within sehari setengah ibu berlari kesana kemari untuk event ni. Tidoq 4 jam je sayang.

“Syukur, Ibu, ayah, dada dan semua berjaya buat anak ibu happy on your special day sayang.

“Terima kasih kepada semua di atas doa dan ucapan, hadiah termasuklah kepada ahli keluarga, rakan Jemyma. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik. We love you sayang,” katanya.

 

Manakala, menerusi hantaran yang berlainan pula, Fasha turut memuat naik sepotong video pendek yang mengandungi ucapan dari kedua-dua ayahnya, Rizal Ashram atau Jejai dan Aidil Aziz sekaligus menjawab komen netizen yang menganggap Jemyma sangat bertuah kerana memiliki dua orang ayah yang baik.

“Ada dua ayah, so lucky you are Jemyma,” komen netizen.

 

Sekadar info, Fasha dan Jejai pernah berkahwin pada 27 April 2012 dan hasil perkahwinan pasangan ini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata iaitu, Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram, 11 dan Putri Rasyha Jemyma, 9.

Bagaimanapun, pasangan ini sah bercerai pada 20 Januari 2016.

Fasha kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pelakon, Aidil Aziz pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.

Salma Syahbuddin