Categories: SelebritiTrending

“Taklah Kecil Hati” – Dipertikai Terpilih Buat Persembahan Di Konsert Coldplay, Bunga Sedar Diri

Penyanyi rap Bunga dipilih untuk membuat persembahan pembukaan pada konsert Coldplay yang berlangsung 20 November ini.

Pemilihan tersebut membuatkan ada segelintir warganet yang meninggalkan pelbagai komen kurang senang dan tidak berpuas hati.

Susulan itu, memetik laporan mStar, Bunga akui dia tidak terasa hati dengan komen atau kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya.

Sebaliknya, dia mengambil perkara itu sebagai pembakar semangat untuk melakukan persembahan yang terbaik di konsert tersebut.

“Saya faham ramai pertikai pemilihan saya, mungkin saya pun akan persoalkan perkara itu.

“Tapi saya jadikan perkara ini sebagai peluang dan rezeki untuk lebih dikenali ramai dan ambil semua kecaman itu sebagai perkara positif.

“Nak kecil hati itu taklah sebab saya faham kehadiran saya dalam industri pun masih baru, saya pun tak baca komen mereka,” ujarnya kepada mStar.

Artikel Berkaitan: Trending Di Twitter, Ramai Pertikai Kredibiliti Bunga Isme Jadi ‘Opening Act’ Konsert Coldplay

Artikel Berkaitan: Bunga Isme Dilamar Jadi Penyanyi Pembukaan Konsert Coldplay – “Saya Sampai Hilang Kata-Kata…”

Sumber: mStar

Atiqah Johari