“Kepala Terhentak Dekat Tingkap…” – Kereta Hilang Kawalan & Kemalangan, Iman Troye Akui Trauma Nak Memandu

Penyanyi Iman Troye berkongsi detik cemas apabila kenderaan yang dipandunya terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 1 November lalu.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, kereta jenama Proton X50 itu dikatakan hilang kawalan kerana hujan lebat dan jalan yang licin.

“First day of November, Iman accident baru-baru ni. Hujan lebat dan jalan licin, jadi kereta lost control,” jelasnya.

Menurut Iman, semuanya selamat namun berlaku cedera ringan di bahagian kepala, kaki dan telinganya.

“Alhamdulillah selamat. Takda apa-apa cedera teruk cuma minor injuries je, sebab kepala terhentak dekat tingkap kereta.

“Kaki bengkak dan telinga bahagian kanan lepas berdesing terus tak dengar apa-apa. Esoknya volume kanan kurang dari volume kiri.

“Now Alhamdulillah semua dah back to normal,” ujarnya.

Disebabkan kemalangan tersebut, pelantun lagu Teman ini akui trauma untuk kembali memandu kereta dan meminta bantuan orang lain untuk ke mana-mana.

“So sekarang dah tak berani drive sendiri. Memang seratus peratus mengharapkan Grab or my family and friends,” katanya.

Berkongsi tentang keadaan keretanya yang diberi nama Baby Noah, berlaku kerosakan pada bahagian depan kanan kereta serta tayar terpusing.

“Cuma tu la, Baby Noah dah tempang. Dah macam duduk di antara dua sujud,” kongsinya lagi.

Maya Basir