Tia Jinbara Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati

Penyanyi Tia Jinbara atau nama penuhnya, Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya hari ini, di Hospital Shah Alam kira-kira pukul 9.17 malam pada Rabu.

Memetik laporan mStar, berita pemergian Allahyarham disahkan sendiri oleh isterinya, Suzan Ahmad.

“Betul, arwah telah meninggal pada jam 9.17 malam tadi.

“Sekarang tengah uruskan dekat hospital,” katanya.

Terdahulu, Tia dikejarkan ke hospital Shah Alam selepas mengadu sakit perut melampau dan kesukaran untuk bernafas.

Bagaimanapun, doktor mengesahkan punca penyakit tersebut adalah disebabkan masalah kanser hati yang dihadapinya.

 

Sumber: mStar

 

Salma Syahbuddin