Categories: HiburanTrending

Mahu Undur Diri Dari Industri Seni, Abon Merajuk Gara-Gara Artis Veteran Dipinggirkan?

Pelawak dan pelakon veteran Abon meluahkan rasa sedih kerana sehingga kini dia belum menerima sebarang tawaran berlakon.

Terkecil hati dengan layanan tersebut, Abon nekad untuk undur diri dari industri seni.

Abon atau nama sebenarnya Sharizan Ahmad, 63 yang melihat artis veteran terus dipinggirkan menganggap dirinya tidak ada tempat dalam industri serta perlu menamatkan karier sebagai penghibur.

“Kita sudah menyepi kalau dalam bahasa halusnya saya sudah cuci tangan, dalam industri ni tempat untuk artis veteran dah makin menyepi dan tersisih jadi saya undur la diri,” katanya.

Menurut mStar, Abon yang terkenal menerusi persembahan Lawak Ke Der? itu kelihatan merajuk dengan kehadiran pendatang baharu yang mempunyai populariti luar biasa.

Baginya, produksi lebih melihat jumlah pengikut media sosial berbanding bakat atau pengalaman.

Kecewa dengan hal tersebut, Abon turut mendedahkan masih ramai rakan artis seusianya menerima nasib yang sama.

“Bagi la peluang kepada bakat baharu pula kerana mereka mahukan yang ramai pengikut di media sosial, bukan saya saja malah ramai lagi artis dibawah Yayasan Aris Veteran Malaysia sebanyak 80 orang pun yang senasib.

“Kalau ada acara kecil saya datang la memeriahkan acara dan untuk menghabiskan sisa baki hidup ni,” ujarnya.

Sumber : mStar

Syamir Shafie