Dituduh Kahwin Jutawan Sebab Harta, Azhar Sulaiman ‘Back Up’ Fatin Afeefa – “Saya Setuju Dia Dengan Lelaki ‘Berjenis’”

Umum mengetahui, pelakon dan usahawan Fatin Afeefa telah menamatkan statusnya sebagai ibu tunggal pada 31 Disember 2022.

Pemilik nama sebenar Fatin Nur Afifah Shamsudin itu telah berkahwin dengan jejaka pilihannya yang bergelar jutawan yang dikenali sebagai Aliff Awang.

Susulan itu, gara-gara suaminya itu bergelar jutawan ada suara-suara sumbang menyatakan Fatin berkahwin dengan Aliff atas dasar harta dan kekayaan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Kaya Nombor 2” – Fatin Afeefa Nafi Kahwin Aliff Awang Sebab Harta, Akui Tertarik Dengan Ketampanan

Artikel Berkaitan: Tamat Zaman Ibu Tunggal, Fatin Afeefa Selamat Bernikah
Ekoran itu, pelakon Azhar Sulaiman dilihat tampil mempertahankan Fatin Afeefa di ruangan komen sebuah portal hiburan.

Kata Azhar, dia bersetuju Fatin berkahwin dengan lelaki ‘berjenis’ kerana dia pernah berdepan dengan kegagalan rumah tangga.

“As Fatin’s friend… saya setuju dia kahwin dengan lelaki yang ‘berjenis’. She and kids deserve a good life after her broken marriage dulu.

“Abang Har (Azhar) doakan Fatin akan bahagia bersama her new hubby hingga Jannah,” tulis Azhar.

Terdahulu, Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013.

Walaubagaimanapun, mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ivy Herra Sophia, 7.

Dalam pada itu, menerusi perkahwinan sebelum itu, Fatin mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.

Atiqah Johari