Dituduh Mandul Gara-Gara Mahu Fokus Besarkan Anak Tiri, Watie Hanifiah Tempelak Netizen ‘Mulut Puaka’

Isteri kepada usahawan selebriti Shuib, Watie Hanifiah tampil menempelak segelintir netizen yang mendakwa dan menuduhnya mandul gara-gara tampil dengan kenyataan mahu memberikan fokus kepada anak-anak tirinya.

Menurut Watie, usia perkahwinannya baru sahaja menginjak tiga bulan dan dia memilih untuk merancang memiliki zuriat sendiri memandangkan dia mahu fokus untuk membesarkan keempat-empat anak tirinya.

Meskipun begitu, Watie tidak menolak seandainya Tuhan memberikan rezeki berupa zuriat dalam masa terdekat.

“Saya baru tiga bulan kahwin dan saya memilih untuk merancang. Tapi kalau Allah bagi alhamdulillah dan kalau tak bagi saya tetap bersyukur.

“Sebab zuriat ataupun tidak, saya sudah pun mempunyai anak sekarang. Semoga doa awak tu berbalik pada awak. Kalau baik maka baiklah juga untuk awak,” katanya.

Terdahulu, Watie dan Shuib memaklumkan fokus mereka kini adalah untuk memberikan perhatian yang cukup terhadap anak-anaknya kini apatah lagi anak sulungnya, Uwais kini berusia 12 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Tangguh Untuk Ada Anak Dengan Shuib, Watie Mahu Fokus Besarkan Anak Tiri

Salma Syahbuddin