Dituduh Memalukan Negara Kerana Jadi ‘Showgirl’ Di Australia, Sajat ‘Sound’ Netizen Malaysia -“Why So Busy Body!”

Usahawan sensasi, Nur Sajat Kamaruzzaman atau Sajat tampil menjawab dakwaan netizen yang mengatakan dia melakukan kerja haram sekaligus memalukan negara dek kerana menjadi ‘showgirl’ di Australia.

Perkara itu tercetus selepas Sajat berkongsi dua buah video di Instagram menunjukkan dia sedang melakukan persembahan di sebuah hotel di negara itu.

“Malu orang Melayu. Bawa nama Malaysia, buat tarian urmm. Cakap lebih aku pulak kena hentam,” komen netizen.

 

Artikel Berkaitan:[VIDEO] Dikritik Jadi ‘Showgirl’ Di Kelab Malam, Sajat Jawab Dakwaan Kerja Haram – “Di Negara Orang, Kena Buat Kawan…”

Tidak mudah melatah dengan tuduhan yang diberikan sehingga ada yang berseloroh memintanya untuk mendapatkan rawatan Ruqyah di sana,  Sajat tampil mempertahankan dirinya apabila membuat komen balas di ruangan Instagram platform berkenaan.

“Why? Why? So busy body semua ni! Saya bukan dekat Malaysia sekarang saya di Australia. Stop judging me! Berhenti memberikan kata-kata bodoh yang tidak berfaedah,” jelasnya.

Malah, Sajat juga memaklumkan tiada istilah memalukan negara kerana walaupun dia dilahirkan di Malaysia, namun dia kini merupakan warganegara Australia.

“Excuse me, saya memang dilahirkan di Malaysia tapi sekarang saya dah jadi warganegara Australia. Kesian awak!,” ujarnya.

Terdahulu, video tular yang memaparkan Sajat berpakaian seksi serta menari menjadi ‘Show girl’ di depan khalayak ramai di sebuah kelab malam itu mendapat respons negatif dalam kalangan masyarakat tempatan.

 

Salma Syahbuddin