Dituduh Tak Hormat Tempoh Iddah, Yusof Haslam Respons Penampilan Puteri Sarah : “Takkan Dia Perlu Selekeh?”

Pelakon, pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam memberitahu, dia tidak ada masalah dengan penampilan bekas menantunya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin apabila dia kelihatan semakin cantik.

Menurutnya, adalah wajar untuk Puteri Sarah atau lebih mesra dengan panggilan Sarah tampil cantik dan bergaya walaupun dia masih dalam tempoh iddah kerana dia perlu mencari rezeki.

“Apa masalahnya jika dia tampil kemas sebagai seorang wanita.

” Tidak semestinya dalam iddah dia perlu selekeh kerana yang penting Sarah masih mengenakan pakaian yang sesuai dan kekal berhijab.

“Dan, harus faham Sarah bekerja untuk mencari rezeki,” katanya.

Sebelum ini, penampilan Sarah menjadi perhatian warganet apabila dia kerap berkongsi fotonya bersama rakan-rakan selebriti menerusi muat naik di Instagram sehinggakan ada yang berani memberikan komen pedas bahawa aktres itu tidak menghormati tempoh iddahnya.

Dalam pada itu, Yusof memaklumkan dia menghormati waktu dan kelapangan Sarah untuk berjumpa dengan cucunya.

“Sudah pastilah kami kena ikut kelapangan masa Sarah untuk bertemu dengan Syaikhul Islam dan Sumayyah. Paling tidak pun, sebulan sekali mereka akan datang ke rumah kami.

“Apatah lagi, Syaikhul dan Sumayah rapat dengan tiga cucu saya yang juga anak kepada Syafiq dan Aesyah iaitu Nur Jannah, Nur Syaiba dan bayi lelaki, Nu Aiman. Mereka (Syaikhul dan Sumayyah) tetap penawar dan penghibur saya serta isteri di penghujung usia kami ini,” jelasnya.

 

Sumber: Harian Metro.

Salma Syahbuddin