Dituntut Bayar RM150,000, Suami Julia Farhana Didakwa Lari Dari Hutang?

Dr Mohammad Che Hafiz Che Ibrahim didakwa gagal membayar semula wang pelaburan yang berjumlah RM150,000 kepada seorang wanita.

Memetik laporan mStar, Che Hafiz yang juga merupakan suami kepada pelakon Julia Farhana itu didakwa gagal membayar jumlah tersebut kepada seorang wanita untuk menjalankan operasi sebuah klinik di Cyberjaya, Selangor.

Sehubungan itu, wakil peguam kepada plaintif, Zawin Najah Badrul Hisham dari Nik Sofia & Co memaklumkan bahawa Mahkamh Sesyen Kuala Lumpur telah memerintahkan Hafiz dan seorang lagi rakan kongsi untuk membayar wang tersebut sejak 10 Jun 2022 lagi.

Namun, kedua-kedua mereka dikatakan sengaja melambatkan pembayaran.

Tuntutan tersebut dibuat oleh wanita berumur 34 tahun yang juga merupakan seorang doktor namun identitinya enggan didedahkan.

Wakil peguam wanita itu juga memaklumkan bahawa ketiga-tiga mereka telah membuat perjanjian dan bersemuka sekitar Julai 2021.

Berdasarkan perjanjian, wanita itu telah bersetuju untuk melabur sebanyak RM150,000 tetapi berputih mata apabila klinik tidak disiapkan malah memaklumkan bahawa klinik tersebut sepatutnya beroperasi Januari 2022.

Lebih parah, wanita tersebut dikatakan terpaksa menggunakan duit sendiri untuk membeli kelengkapan klinik bagi memulakan operasi.

Susulan itu, Zawin berkata, surat tuntutan pertama telah dikeluarkan pada 18 Mac 2022 sebelum notis pembatalan perjanjian dibuat pada 13 April 2022.

Malah, wanita tersebut juga tidak mendapat maklum balas daripada Che Hafiz dan rakan kongsi sehingga perlu memfailkan saman pada 24 Mei 2022.

“Sejak awal lagi tiada respons daripada mereka dan tiada fail pembelaan sehinggalah perintah mahkamah dikeluarkan barulah mereka memberi maklum balas. Sehingga perintah mahkamah dikeluarkan barulah mereka memberi maklum balas.

“Selain wang pelaburan tersebut, plaintif turut menuntut tunggakan gaji sebanyak RM16,000 bagi dua bulan awal klinik beroperasi,” jelas Zawin.

Artikel Berkaitan: Bekas Suami Terperanjat Lufya Omar Tuntut Mutaah RM1 Juta

Artikel Berkaitan: 2 Tahun Tunggu Tuntutan Hak Anak Selesai, Lufya Omar Dedah Dianiaya Peguam & Bekas Suami Culas Beri Nafkah! – “RM300-RM500 Tak Relevan”

Sumber: mStar

Atiqah Johari