Diusik ‘Used Car’, Elly Mazlein Minta Maaf Dengan Bakal Suami

Pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH32) Elly Mazlein memohon maaf kepada bakal suaminya yang dikenali sebagai ‘Papa Awan Nano’ selepas diusik dengan panggilan ‘used car’, baru-baru ini.

Elly ketika ditemui di sidang media Mentor Millenia memberitahu, dia enggan memanjangkan isu ini lagi malah sudah melupakannya.

“Saya faham niat Dato Ac Mizal nak bergurau cuma penggunaan ayat mungkin tidak kena pada tempat. Dia juga ada meminta maaf kepada saya, kami okay.

“Selepas tamat sahaja acara, saya menghubungi bakal suami dan memohon maaf pada dia. Dia tidak berada di dalam industri hiburan, mungkin dia tidak faham dengan situasi begini. Bakal suami okay dan tidak kecil hati pun,” kata Elly memberitahu bakal suami merupakan lelaki yang amat memahami.

Tambah Elly yang bakal berkahwin tidak lama lagi, dia faham ‘usikan’ itu menyentuh hati segelintir ibu tunggal di luar sana.

“Mungkin ramai yang sensitif dengan ayat ‘used car’ itu. Dalam hal ini saya tidak mahu panjangkan isu. Benda sudah selesai.

“Saya juga perlu hormati banyak perasaan. Niat Dato Ac hanya mahu bergurau tidak sangka pula ayat ‘used car’ jadi kemarahan netizen.

“Tak apalah, dia juga sudah mohon maaf dan saya tidak mahu isu ini dibangkitkan lagi. Tak apa, biar saya telan yang buruk. Kita move on,” akhiri Elly.

Minggu lalu, warganet mengecam tindakan AC Mizal yang dianggap keterlaluan.

Warganet menganggap ‘usikan’ itu sebagai
serangan peribadi terhadap wanita dengan menjadikannya bahan jenaka yang tidak kena pada tempat.

Majoriti warganet wanita meminta pengacara itu meminta maaf dan berharap perkara sebegini tidak berulang lagi.

Insiden yang membabitkan dua pengacara itu berlaku ketika AC Mizal dan Elly duduk dalam barisan kerusi bersama Zizan Razak, Mira Filzah, Syafiq Kyle dan Siti Nordiana.

SGMS Faida

Recent Posts