Isteri pengarah filem terkenal, Mamat Khalid, Hasmah Hassan memohon agar orang ramai mendokan agar kesihatan suaminya kembali pulih seperti biasa.

Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid kini sedang kritikal di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya.

“ Dia dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada dan batuk.

“Dia kini dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi dan doktor memberikan dos untuk bagi dia berehat,” katanya.

Tambahnya, dia meminta agar rakan-rakan suaminya memahami keadaan dalam masa sama memberi ruang kepada Mamat untuk berehat secukupnya semasa menerima rawatan ketika ini.

SGMS Faida