Perubahan fizikal secara dalaman mahupun luaran, adalah perkara biasa berlaku kepada ibu hamil.
Mengalami gejala seperti payudara membesar, penambahan berat badan dan sakit pinggang, itu antara perubahan yang biasa dialami ketika proses peralihan sepanjang kehamilan.
Apa yang membezakan pengalaman seseorang adalah tahap alahan yang dilalui mereka.
Gusi bengkak antara gejala dialami ibu hamil, namun kes seperti ini agak jarang berlaku.
Masalah gusi bengkak yang dialami ketika hamil dikenali sebagai gingivitis. Ia sering dialami antara dua hingga lapan minggu kehamilan. Atas sebab itu, ia mungkin menjejaskan rutin seharian 40 peratus ibu hamil.
Sakit gusi atau gusi bengkak ketika hamil boleh dilihat apabila anda mengeluarkan sejumlah darah apabila meludah. Gejala itu dapat menentukan sama ada anda mengalami gingitivis atau sebaliknya.
Apabila mengandung, tahap hormon progesteron adalah tinggi. Secara tidak langsung, ia menambahkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan gusi bengkak atau berdarah. Apatah lagi, tisu gusi juga akan menjadi lebih sensitif berbanding sebelumnya.
Perubahan hormon ini juga boleh mengganggu tindak balas badan terhadap bakteria dan mungkin membawa kepada jangkitan atau penyakit gusi.
Sekiranya anda mengalami gingivitis pada tempoh dua bulan awal kehamilan, ia biasanya semakin meningkat pada usia kandungan mencecah lapan bulan.
Berikut beberapa tanda biasa mengenai keadaan ini:
Dalam satu kajian yang diterbitkan The Journal of the American Dental Association, wanita hamil dengan penyakit gusi berkemungkinan tinggi mempunyai kelahiran pramatang (sebelum minggu ke-37) berbanding ibu yang memiliki gusi sihat.
Mereka yang mempunyai gingivitis lebih teruk (periodontitis) pula mungkin mengalami kontraksi atau pengecutan otot yang menandakan anda bakal bersalin seawal minggu ke-32.
Segera bertemu dengan doktor gigi. Ubat-ubatan seperti antibiotik yang dibekalkan mungkin dapat menyingkirkan bakteria yang menyebabkan jangkitan pada gusi.
Bagaimanapun, gejala sakit gusi ini akan hilang selepas bayi selamat dilahirkan, tetapi sebaik-baiknya maklumkan masalah anda ini kepada doktor supaya dapat mencegahnya sekali gus memastikan bayi dan anda selamat serta sihat.
Sumber: The Asian Parent
Ainations mana suaranya?!
Wah fly high girls!
Terus sukses Anna
Semoga Irma terus kuat