Dolla Tak Cemburu Rezeki Antara Satu Sama Lain

Dengan populariti yang meningkat naik, sudah pastinya kumpulan popular Dolla mendapat pelbagai tawaran yang diterima sama ada sebagai satu kumpulan atau secara individu.

 

Menurut salah seorang ahli kumpulan tersebut, Sabronzo, dia ada mendapat tawaran lakonan dan telah habis pengambaran pada tahun lepas, manakala Syasya pula mendapat tawaran lakonan yang akan disiarkan pada Hari Raya nanti.

Walaupun mereka mendapat tawaran yang berbeza tetapi bagi mereka itu tidak akan menjejaskan kumpulan tersebut.

“kita punya label beri juga peluang individu, and they also know the goal of the group so they are the one yang susunkan our schedule and job

“So, the way they do it, kitorang still ada banyak masa untuk tumpukan kepada Dolla dan boleh balance antara kerja individu dan kumpulan,” jelas Sabronzo.

Menurut seorang lagi ahli kumpulan Dolla, Tabby, mereka bersyukur kerana Dolla merupakan platform bagi mereka untuk mereka mengembangkan bakat mereka selain dari nyanyian.

“Sebenarnya, kami semua takkan berada di sini tanpa Dolla. Walaupun kami boleh dapat job sendiri, tapi kami juga akan ingat Dolla dan dari mana kami datang,” kata Tabby.

Menurut Angel pula, mereka akan sentiasa menyokong antara satu sama lain jika salah seorang dari mereka bergerak solo.

Untuk info, Dolla akan mengeluarkan album tidak lama lagi dan juga akan merakamkan semua single ‘Raya Raya Raya’ versi baharu.

Izzi Farhana