Timbulkan Perbalahan, Janna Nick Dikecam Kongsi Isu ‘Work Life Balance’

Pelakon dan penyanyi, Janna Nick mencuri perhatian wargamaya dalam satu video teaser episod podcast yang dikendalikan oleh Amelia Henderson, Studio Sembang.

Menerusi video yang tular di Twitter tersebut, Janna mendapat kecaman selepas netizen mendakwa dia mengeluarkan kenyataan seakan merendahkan orang lain yang mahukan ‘work-life balance’.

“Aku macam perasan yang generasi sekarang yang mahukan work life balance. Sorry eh, aku ada work life balance selepas aku 28 tahun, lepas aku dah beli dua biji rumah, lepas aku dah ada kereta,” kata Janna.

Tambahnya, sesiapa yang belum mencapai matlamat hidup jangan bermimpi untuk dapat ‘work life balance’ melainkan mereka mempunyai ibu bapa yang kaya.

Bagaimanapun, pendapat Janna mengundang kecaman hebat netizen, malah ada yang mengatakan aktres Syurga Nur itu tidak seharusnya membandingkan kejayaan dirinya dengan orang lain.

“Maaf cakap. Beli dua biji rumah bukan petanda work life balance ataupun at the top of the game. Mengukur work life balance orang orang dari segi material adalah salah sebab ada orang, dia bersyukur dengan apa yang ada dan dia rasa cukup. Jangan gelakkan orang kalau dia tak boleh achieve.

“Rasanya tak perlu pandang rendah dekat orang lain kot, kau reach work-life balance pun dengan belanja viewer, berlakon tepuk tampar dengan bukan muhrim,” ujar netizen.

Nurul Hana