Dr Amalina Trending Di Media Sosial, Dikagumi Ramai Pihak Sehingga Dilabel ‘Angel’ Bagi Adik Ainul

Kejayaan pembedahan adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin hasil inisiatif beliau meletakkan Dr. Nur Amalina Che Bakri dikedudukan tempat kelapan paling trending di Twitter.

Pelatih pakar bedah warganegara Malaysia itu bukan sahaja dikagumi kerana mampu mencipta nama diluar sana, malah, sikapnya yang prihatin terhadap masalah yang menimpa keluarga adik Ainul sedikit sebanyak memberikan beliau peluang untuk mencurahkan bakti buat rakyat Malaysia.

Hasil kejayaan pembedahan membuang tumor seberat 200 gram di mulut Ainul membuatkan Dr. Amalina di gelar sebagai ‘Angel’ buat adik Ainul Mardhiah.

Bukan sahaja dihujani dengan ucapan tahniah dan terima kasih dari pengguna twitter, selebriti terkenal tanah air, Neelofa juga dilihat menyatakan rasa kesyukuran beliau terhadap bantuan yang dihulurkan bagi membawa adik Ainul dan keluarga sehingga ke tahap ini. 

Malah Korepondan TV3 di  United Kingdom, Haliza Hashim  juga turut mneyatakan terima kasih kepada Dr. Amalina atas usahanya itu. 

Apapun, kejayaan pembedahan ini ternyata melibatkan usaha ramai pihak dan seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kesihatan adik Ainul dan keluarga.
Terima Kasih rakyat Malaysia!
Salma Syahbuddin