Umie Aida- Erra Fazira Sudah Berdamai

Isu perbalahan di antara dua pelakon terkenal, Datin Seri Umie Aida dan Erra Fazira seperti menemui jalan damai.

Sehari selepas membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi Instagramnya, dua primadona filem Melayu itu dilihat membuat pertemuan empat mata tengah hari semalam.
Menerusi Instastory Umie, memperlihatkan rakaman video mereka berpelukam  selepas bercakap beberapa ketika.

Umie melalui keterangan video itu mahu isu berhubung pergaduhannya dengan Erra dihentikan.

“Harap netizen tidak bercakap lagi isu ini, semoga kita semua dilindungi Rahmat-Nya,” tulis pelakon filem Dukun itu.

Umie turut menyatakan, ramai pihak menyalahkan dirinya kerana tidak memaafkan Erra.

Terdahulu, ‘perang’ antara dua aktres yang bersahabat baik ini mula dihidu peminat apabila saling berhenti mengikuti laman sosial masing-masing, sementelah Umie pula  memuat naik status berbaur kecewa dalam akaun Instagramnya.

Selepas itu Erra memuat naik status di laman sosial Instagramnya dengan memohon maaf kepada Umie.

Pelakon filem Sembilu itu mengakui dia telah melakukan kesilapan yang sama sebanyak tiga kali sehingga Umie tidak lagi mampu memaafkan kesalahan tersebut. – K! ONLINE

SGMS Faida