Drama ‘Jaga Aku Selamanya’ Dikatakan Tak Logik, Nadiya Nisaa Dedah Buat Rujukan Sebelum Berlakon – “Ini Antara Cabaran Besar…”

Drama bersiri Jaga Aku Selamanya berjaya mencecah 2.2 juta penonton pada minggu pertama ditayangkan dek kerana lakonan mantap pelakon-pelakon drama ini.

Mengisahkan sebuah keluarga berdepan pelbagai cabaran sehingga menjadikan kehidupan anak-anak menjadi sengsara dan musnah, drama bersiri ini dilakonkan oleh Nadiya Nisaa dan Johan As’ari sebagai teraju utama.

Menurut Nadiya, dia menyangkal dakwaan sesetengah penonton yang mendakwa drama ini tidak logik. Di Instagram dia memuat naik beberapa bukti dan pendedahan bahawa masalah keluarga yang ekstrem sememangnya wujud dan bukan sekadar retorik.

Malah Nadiya memaklumkan dia ada membuat rujukan terhadap watak yang dibawakannya itu bagi mendapatkan kesan kepada penonton.

“Perit untuk kita membaca berita-berita ini setiap hari. Mudah untuk mkita menghukum penjaga-penjaga kepada anak-anak ini. Apa tindakan kita bagi membela mereka sudahpun teperangkap?

“Cerita seperti Jaga Aku Selamanya hanyalah usaha kecil kami sebagai pencerita dalam masyarakat. Dengan harapan untuk membangkitkan rasa empati sesama insan.

“Berkongsi beberapa bukti yang saya jadikan rujukan sebagai persiapan untuk cerita ini. Jadi, janganlah komen cakap cerita ini tak logik,” katanya.

Tambah Nadiya lagi, dia menyifatkan watak yang dilakonkan dalam drama ini adalah cabaran terbesar buat dirinya.

“Ini antara cabaran besar yang saya lalui untuk bawakan watak Maya. Iaitu saya kena percaya bahawa wujud watak yang sebegini dalam masyarakat kita.

“Tak tersampai dek akal & hati saya untuk tinggalkan anak-anak. Bagaimana nak set mind saya sehingga tahap paling desperate & paling naif untuk buat keputusan seperti Maya,” ujarnya.

Mendapat perhatian penonton sejak mula ditayangkan, rata-rata penonton memuji jalan cerita dan pelakon drama ini kerana mengangkat kisah realiti masayarakat di negara kita.

Lebih terkesan, ada juga yang mengalirkan air mata saat menonton drama Jaga Aku Selamanya ini dan mengharapkan karya ini dapat merangkul anugerah kelak.

Khairil Khusyairi