“Anak Buat Salah Kena Marah, Jadi Trauma Itu Standard” – Azhar Sulaiman

Sebelum ini, tular mengenai pasangan selebriti memfailkan cerai akibat ‘mendidik’ anak sehingga berlaku trauma.

Susulan itu, pelakon Azhar Sulaiman memberi pendapat peribadinya di Instagram.

Kata Azhar, jika dia memarahi anak-anaknya pasti akan membuatkan mereka trauma beberapa hari.

“Mami (Azhar) sebagai bapak kadang-kadang perangai pun macam anak-anak.

“Mami marah anak-anak mungkin sekali setahun.

“Tapi bila Mami marah anak-anak yang kena pasti akan buat mereka TRAUMA for few days,” katanya.

Namun begitu, Azhar juga menyatakan bahawa ia perkara biasa dan isterinya akan membantu untuk menjelaskan situasi kepada anak-anak.

“Itu standard. Chempaka (isteri) always help to make them understand the situation better and cepat-cepat cool down and mintak maaf to me,” jelasnya.

Malah, Azhar turut menegaskan bahawa perlu memarahi anak jika membuat kesalahan.

“Anak buat salah kena marah, jadi trauma itu standard lah. Ada ke sesapa kena marah dengan abah or mak boleh tido lena?” tulis Azhar.

Atiqah Johari