Dream Festival Tiba Di Kuala Lumpur, Tampil Kolaborasi Nidji X Budi Doremi!

Berita baik! Dream Festival bakal hadir ke Malaysia dengan Dream Collaboration di mana akan menampilkan kolaborasi hebat pemuzik Indonesia iaitu Budi Doremi X Nidji untuk menghiburkan peminat-peminat di Malaysia.

Kolaborasi dua pemuzik Indonesia akan menggamatkan lagi suasana di mana masing-masing terkenal dengan genre yang berbeza.

Kumpulan Nidji telah 21 tahun dalam berkarya dikenali dengan modern rock di mana lagu-lagunya kenali sehingga hari ini antaranya ‘Hapus Aku’. Nidji kembali menghiburkan Nidjiholic setelah kali terakhir membuat konsert di Malaysia pada tahun 2019.

Untuk penyanyi solo, Budi Doremi pula dikenali dengan aliran muzik pop reggenerasi telah berjaya memikat hati peminat lebih 12 tahun dan bakal bergabung dengan Nidji dalam Dream Festival.

Lebih menarik, Nidji akan mendendangkan beberapa buah lagu popular mereka di Dream Collaboration seperti Bila Aku Jatuh Cinta, Hapus Aku, Disco Lazy Time dan banyak lagi manakala Budi Doremi akan mempersembahkan lagu seperti Melukis Senja, Mesin Waktu, Tak Kan Hilang dan lain-lain.

Bukan itu sahaja, Aishah Retno sebagai penampilan khas akan memeriahkan lagi konsert dengan membuat persembahan sebagai tirai pembuka.

Dream Collaboration dibawakan oleh Inspire.IDN, disokong oleh Myvitalab, Zepp Kuala Lumpur, Warisanad Outdoor, Media Prima, Hot FM, Astro Gempak dan bekerjasama dengan Tikcket2u dan Ticket.com

Untuk makluman, konsert ini bakal berlangsung pada 19 Mac 2023 di Zepp Kuala Lumpur.

Sebarang maklumat mengenai pembelian tiket boleh lawati dan akses laman web https://www.ticket2u.com.my

Atiqah Johari