Categories: HiburanSelebriti

“Dua-Dua Manis & Berat” – Sweet! Bagi ‘Pick-Up Line’, Kekasih Hati Enot Sanggup Buang Jambang Demi Cinta

Perkongsian kekasih hati pelakon, Enot dikenali sebagai Syakeer Hilfie memuat naik foto-foto manis sepanjang mereka menyulam cinta.

Menerusi hantaran tersebut, Syakeer atau lebih mesra disapa Sifu Ket memberi ‘pick-up line’ kepada Enot di ruangan kapsyen foto tersebut.

Sifu berkata Enot dan sebuah kek mempunyai persamaan iaitu ‘manis dan berat’.

“Apa persamaan awak dengan kek? Dua-dua manis dan berat,” tulisnya.

Berdasarkan muat naik lain, Sifu turut mendedahkan dia sanggup membuang jambangnya atas permintaan Enot.

“Awak suruh saya buang jambang. Saya cakap saya tak nak. Tapi saya buang juga.

“Demi apa? Ya demikianlah ceritanya,” katanya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Enot meninggalkan komen dengan menulis emoji menangis seakan menandakan dirinya terharu atas perkongsian cinta hatinya itu.

Sebelum ini, nama Enot hangat menjadi buah mulut orang ramai selepas tular dakwaan mengatakan dirinya bercinta dengan kaum sejenis.

Namun begitu, Enot sudah mula mendedahkan memgenai kisah percintaan bersama kekasih hatinya, Sufi semenjak Ogos lalu.

Artikel Berkaitan: Romantis Makan Bersuap, Ini Rupa Kekasih Hati Enot… Nafi Hubungan Cinta Sekadar Lakonan Tutup Fitnah Hubungan Sejenis – “Dah Setahun Kawan, Bila Senyap Cakap Songsang”

Artikel Berkaitan: “Nak Pegang Lebih-Lebih Tak Boleh, Bukan Muhrim!” – Tahu Jaga Batas, Enot Ada Sebab Tak Pamer Wajah ‘Mr Secret’

Aqilah Paharuzi