Categories: HiburanSelebriti

Shasha Abedul Cabar Diri Bawa Watak ‘Nakal’ – “Orang Kata Muka Lembut Tak Sesuai, Tapi…”

Pelakon baru meningkat naik dalam bidang lakonan, Shasha Abedul, 27, mencabar diri untuk membawa watak ‘nakal’ dalam drama slot Sakura ‘Dara & The Gang’.

Dikenali dengan perwatakan ayu dan manja, lakonan Shasha sebagai Dara pasti akan mencuit hati penonton.

Menurutnya, Sasha gembira apabila diberi peluang untuk membaqa watak nakal kerana terimbai ketika berada di zaman muda, selain juga mahu menjadi seorang pelakon yang versatil.

“Watak Dara yang saya pegang kali ini adalah lebih sempoi dan kelakar dan membuatkan saya terkenang zaman nakal masa kecil dulu.

“Ramai yang kata raut wajah saya yang lembut dan tertanya-tanya boleh ke Shasha ni bawakan watak lain? Sudah tentulah boleh! Sebab impian saya nak menjadi pelakon yang versatil yang boleh bawakan pelbagai watak seperti serius, naif, antagonis dan macam-macam lagi.

“Dapat pula gang sekepala seperti Erysha Emyra dan Arena Wan, buatkan penggambaran ni rasa enjoy sangat,” katanya.

Selain Shasha, drama ‘Dara & The Gang’ juga bakal menampilkan Erysha Emyra, Arena Wan, Chubb-E, Cat Farish, Enot dan ramai lagi.

Drama komedi 13 episod ini merupakan terbitan Wiranusa Corporation Sdn Bhd dan diinspirasikan oleh novel yang berjudul Dara Gangster And The Gangs nukilan Amarilis Rahim.

Diarahkan oleh Zul Huzaimy dan penulisan skrip oleh Dr. Mohd Shahremy Ikmal ini akan bakal menemui penonton bermula 28 September 2023, setiap hari Rabu dan Khamis, jam 6.00 petang di TV3 dan strim HD secara eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my.

Aqilah Paharuzi