Mahu Kekalkan Budaya Permainan Tradisional, Khai Bahar Suntik Semangat Anak Muda Dalam Lagu ‘Lat Tali Lat”

Demi meneruskan legasi permainan tradisional dalam kalangan anak muda, penyanyi Khai Bahar tampil dengan single berjudul ‘Lat Tali Lat’.

Lagu bergenre pop merupakan hasil nukilan daripada komposer berbakat iaitu Johan John atau lebih dikenali sebagai Bob Junior, manakala lirik oleh Khaleel.

‘Lat Tali Lat’ membawa sisi lain bintang bernama Khai Bahar yang berhasrat mahu menyuntik semangat anak-anak muda untuk menghargai dan terus mengekalkan permainan tradisional agar tidak hilang ditelan arus zaman moden.

Sementara itu, lagu ini juga dipilih menjadi runut bunyi bagi drama komedi seram, ‘Puaka Cuti Semester’ yang sudah mula bersiaran pada 24 Ogos lalu.

Muat turun lagu ‘Lat Tali Lat’ di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer.

Aqilah Paharuzi