“Dia Ada Cakap Nak Pakai Tudung Semula” – Ibu Haqiem Rusli Gembira Jika Menantu kembali Berhijab

Tindakan isteri kepada penyanyi popular, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea untuk tampil ‘Free Hair’ pada syawal lalu mengejutkan ramai pihak sehinggakan rata-rata dalam kalangan netizen memberikan respons kurang enak terhadap penampilannya itu.

Terbaru,  ibu kepada Haqiem, Nazrah Nordin memaklumkan, dia tidak mahu memberikan tekanan kepada menantunya itu melainkan sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya.

“Bila balik rumah saya dan makan-makan, Sofea ada cakap insya-Allah nak pakai tudung semula.

“Saya pula macam tak nak bagi tekanan sama ada pada Haqiem atau Sofea sebab perkara ini sangat peribadi, biarlah mereka atasi sendiri.

“Haqiem memang mengharap dan hari-hari berdoa supaya Sofea terbuka hati memakai tudung semula. Saya pun mengharapkan perkara sama,” katanya kepada Berita Harian.

 

Dalam pada itu, Nazrah tampil mengulas isu rumah tangga anaknya yang dikatakan goyah.

Menurutnya, setiap perkahwinan termasuklah rumah tangga Haqiem tidak terlepas dari menerima ujian dan dugaan.

“Sebagai menantu dan sejak saya kenal, Sofea tak pernah pun bersikap tak baik, malah sangat menghormati ibu bapa mentua. Begitu juga ibu bapanya, sangat rapat dengan keluarga saya,”

“Mereka masih muda dalam melayari alam rumahtangga, jadi ada macam-macam dugaan.

“Mereka sahaja boleh atasi apa jua masalah, tetapi setakat ini, hubungan sebagai suami isteri baik-baik,” jelasnya.

Terdahulu, pelantun lagu Tergantung Sepi itu tampil menitipkan kata-lata semangat buat isterinya menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya pada Sabtu.

Dalam perkongsian tersebut, Haqiem meminta supaya isterinya itu terus kuat biarpun perit untuk mengharungi  dugaan dalam kehidupan.

ARTIKEL BERKAITAN:Haqiem Rusli Titip Kata-Kata Semangat Buat Isteri – “Walau Betapa Sakitnya Sekarang, Terus Kuat…”

ARTIKEL BERKAITAN:Sedar Isteri Dikritik, Haqiem Rusli Kekal Positif -“Kita Lalui Sama-Sama Tau Sayang!”

ARTIKEL  BERKAITAN:“Saya Dah Cuba Jadi Suami Sehabis Baik” – Isteri Buka Tudung, Haqiem Rusli Jawab Spekulasi Masalah Rumah Tangga

ARTIKEL BERKAITAN:“Serius! Pakai Tudung Lagi Lawa”- Buka Ruangan Komen, Isteri Haqiem Rusli Sedia Dikecam?

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Tak Bersiap Hadiri Majlis, Penampilan Isteri Haqiem Rusli Kena Kecam.. Ada Netizen Label Persis Kak KM

 

Sumber: Berita Harian

Salma Syahbuddin