Categories: HiburanSelebriti

Sweetnya! Imran Aqil Tunai Janji Buat Lagu Untuk Isteri, Dahlia Rizal Terharu

Pelakon Imran Aqil mengumumkan dirinya telah menghasilkan sebuah lagu yang berjudul, Bunga Dahlia yang direka khas buat isterinya, Dahlia Rizal.

Menurut Imran, dia bersyukur kerana dapat merealisasikan impiannya untuk membuat lagu buat isterinya itu diiringi muzik video yang memaparkan momen ketika hari pernikahan mereka, 10 September lalu.

Lebih menarik lagi, Imran turut bergandingan dengan penyanyi Aiman Sidek demi menjayakan lagu yang direka bersama itu.

“I made a song for her! Alhamdulillah! satu benda yang aku impikan untuk ada satu lagu khas buat isteriku. Jutaan terima kasih buat @aimansidek_ & team @4u_musicentertainment for making it possible,” tulisnya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Imran menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Imran turut berkongsi reaksi pertama Dahlia selepas mendengar lagu itu.

“Sayang, awak ingat tak saya cakap yang saya akan buat satu lagu. Tapi this one is very special. Saya taknak bagi tahu sebab apa special dia. Saya nak awak dengar dulu dan bagi tahu saya,” katanya.

Terharu dan teruja selepas mendengar lagu ciptaan suaminya itu, Dahlia tidak berhenti memuji sambil tersenyum dan terus memeluk Imran.

“That’s cute. So cute. Sayang, I like it, sayang,” katanya.

@imjeebster i made a song for her! Alhamdulillah! satu benda yang aku impikan untuk ada satu lagu khas buat isteriku. Jutaan terima kasih buat @aimansidek_ & team @4u_musicentertainment for making it possible 🤲🏻 Harap lagu ni dapat tempat di hati pendengar, korang boleh dengar sekarang di semua platform digital, kalau nak tengok MV, pergi yt channel 4u Entertainment atau klik link di bio aku! #BungaDahlia #ImRunToDahlia #4UEntertainment ♬ original sound – iJeebster

Fatin Nurain